Padam Akaun dan Data JomLepak
Last updated: 18 Jul 2026
1. Cara Padam Akaun Sendiri
Login ke akaun anda, buka halaman Profile, pergi ke bahagian Padam Akaun, masukkan kata laluan semasa jika diminta, taip username anda untuk pengesahan, kemudian tekan Padam Akaun Saya.
2. Pautan Terus
Jika anda sudah login, anda boleh terus ke halaman Profile melalui pautan ini: Buka Profile. Di halaman Profile, gunakan borang Padam Akaun di bahagian bawah.
3. Data Yang Dipadam
Apabila akaun dipadam, sistem akan memadam akaun pengguna, profil, gambar avatar tempatan, post milik pengguna, gambar post tempatan, komen, like, share, hubungan rakan, keahlian group, dan laporan yang berkaitan dengan post milik pengguna.
4. Data Yang Dikemaskini Atau Dinyahpaut
Laporan yang pernah dihantar oleh akaun anda boleh dikekalkan tanpa identiti pelapor dengan reporter dikosongkan. Group yang dimiliki oleh akaun anda boleh dinyahaktifkan atau dibuang owner supaya komuniti tidak rosak secara tidak sengaja.
5. Data Yang Mungkin Kekal Sementara
Sesetengah data teknikal seperti log keselamatan, backup server, rekod transaksi sistem, atau data yang diperlukan untuk pematuhan undang-undang mungkin kekal sementara sebelum dipadam mengikut jadual operasi.
6. Jika Tidak Boleh Login
Jika anda tidak boleh login untuk padam akaun sendiri, gunakan fungsi lupa kata laluan dahulu. Jika masih gagal, hubungi pentadbir JomLepak melalui saluran rasmi laman ini dan sertakan username atau emel akaun untuk semakan.
7. Penting
Padam akaun ialah tindakan kekal dan tidak boleh dibatalkan melalui aplikasi. Selepas berjaya, anda akan dilog keluar secara automatik.